Contest SEO ONEXOX


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Pemberitahuan..... Pemberitahuan....


Contest SEO terbaru Akan Bermula tidak lama lagi... ;)


Debaran buat pengamal-pengamal SEO tegar semakin dirasai.... 


Nantikan tarikh Kemunculannya....


..

...

In Shaa Allah, sekiranya tiada sebarang halangan... ini merupakan Contest SEO kali yang ke 4 dalam Portfolio saya sebagai seorang penulis Blog secara sambilan...
..
..
Kepada yang rajin mengikuti perkembangan blog saya..... Tentu ada yang masih ingat, sebelum ini saya pernah menganjurkan 3 Contest SEO iaitu:

  1. Contest SEO : Jom Aktifkan Mykad
  2. Contest SEO : Mykad Smart Shopper
  3. Contest SEO : Blog Paling Popular 2


Syukur Alhamdulillah.... Ketiga-tiga Contest SEO ini mendapat sambutan yang cukup menggalakkan... Terima kasih diucapkan kepada rakan-rakan blogger yang sudi menyertai Contest-contest ini....

Kepada para pemenang dalam Contest-contest seo sebelum ini... Saya ucapkan tahniah... Pastinya mereka tersenyum gembira apabila menerima hadiah yang berjaya mereka menangi.. Ada yang berjaya menang wang tunai, menang emas bar dan sebagainya..

Bagi yang kalah pula, jangan berdukacita sebab tak dapat menang sebarang hadiah... Mungkin bukan rezeki anda pada masa tu... Sabar jerlah...

Boleh cuba lagi dalam Contest SEO pada kali ini....

Dalam Seo kali ni, In Shaa Allah semua peserta akan dapat sesuatu sebagai hadiah... Menang atau kalah, tetap dapat hadiah...

Diharap hadiah-hadiah yang akan disumbangkan oleh pihak penaja akan dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh para peserta untuk dijadikan salah satu Sumber Pendapatan Pasif Tanpa Modal.

Sebab itu, suka untuk saya katakan... Contest SEO kali ini merupakan Contest SEO terbaik bagi tahun 2015. Tak kira menang atau kalah, setiap peserta tetap akan mendapat manfaat daripada Contest ini... 

In Shaa Allah.. Contest SEO kali ini akan memberikan situasi menang-menang kepada Penganjur, Penaja dan juga Peserta...

Contest SEO kali keempat ini, perlaksanaannya agak berbeza berbanding 3 Contest SEO yang pernah saya anjurkan sebelum ini... Contest SEO kali ini terbahagi kepada 3 Fasa....



1. Fasa Pertama: Mencari Penaja (20 Oktober hingga 20 November 2015)


Syarat untuk menjadi seorang penaja ialah, anda perlu menyumbang wang tunai (minimum RM110). Kalau nak sumbang lebih, lagi bagus.

Melalui sumbangan wang tunai RM110, Setiap penaja akan mendapat 11 Simkad ONEXOX (RM10 untuk satu Simkad).

1 Simkad akan saya poskan kepada penaja. 10 Simkad yang selebihnya akan saya pegang untuk diposkan kepada para peserta Contest ini.. 



Bil.
No. HP ONEXOX Peserta
Blog Peserta
No. HP ONEXOX Penaja
Blog Penaja
1
0123456789
Qbcd.com





01138221589





2
0112345678
Rstu.com
3
0113456789
Bcde.com
4
0114567890
cccc.blogspot.my
5


6


7


8


9


10


11
0176543210
Jklm.com




0165425547




12
0189012345
Nopq.com
13
0165423210
Bbbb.com
14


15


16


17


18


19


20




21









        Contoh : Contoh : Maklumat Peserta dan Penaja


Kelebihan Menjadi Penaja Contest SEO ONEXOX:



1. Mendapat Pasif Income

Terlebih dahulu Penaja akan mengaktifkan salah satu daripada Simkad yang telah mereka taja. 10 Simkad yang selebihnya akan diberikan kepada para peserta Contest SEO ONEXOX secara PERCUMA

Setiap peserta yang telah berjaya mendapatkan Simkad ONEXOX, perlu mengaktifkan Simkad tersebut dengan menggunakan nombor Simkad penaja sebagai rujukan.

Dengan erti kata lain, selepas berakhirnya contest SEO ini... setiap penaja akan berjaya mempunyai 10 pengguna Simkad ONEXOX yang didaftarkan di bawah rangkaian anda (penaja)..

Setiap kali 10 pengguna Simkad ini melakukan Tambah nilai (Topup) pada setiap bulan, anda (penaja) akan mendapat Komisyen 6% daripada nilai top up tersebut.

Sebagai Contoh, setiap pengguna Simkad ONEXOX ini Tambah nilai RM50 pada setiap bulan. Komisyen yang bakal anda (penaja) perolehi pada setiap bulan ialah:

RM50 X 10 Simkad = RM500   => Komisyen TopUp 6% = RM30 Sebulan. 
(Pada bulan pertama sahaja anda (penaja) berjaya mendapat pulangan 1/4 daripada Modal yang telah anda keluarkan untuk menjadi penaja Contest ini)

Dan komisyen topup tersebut akan terus anda perolehi, selagi peserta-peserta Contest SEO ini melakukan TOPUP (tambah nilai) terhadap Simkad ONEXOX masing-masing.

Sekiranya mereka menggunakan Simkad ONEXOX ini selama setahun dengan topup yang konsisten RM50 pada setiap bulan... Pulangan (komisyen) yang berjaya penaja perolehi dalam tempoh setahun ialah:

RM50 X 10 Simkad X 12 bulan = RM6000   => Komisyen TopUp 6% = RM360 Setahun. 
(Pada tahun pertama sahaja, penaja sudah berjaya mendapat pulangan 3 kali ganda daripada Modal yang telah anda keluarkan untuk menjadi penaja Contest ini)

Ok Tak jadi penaja Contest ini?? 

2. Mendapat Backlink daripada semua Peserta

Selain itu, setiap penaja juga akan berjaya mendapat Back Link daripada semua peserta yang menyertai Contest ini. Sekiranya contest ini disertai oleh 100 peserta, bererti setiap penaja akan berjaya mendapatkan 100 Backlink... Dengan backlink yang bagus dan berkualiti, secara tidak langsung akan dapat memperbaiki kedudukan rank Alexa blog atau laman web perniagaan penaja.

3. Mendapat Saham Akhirat kerana sedekahkan Simkad kepada Peserta

Kedua-dua kelebihan yang saya nyatakan di atas bersifat duniawi... Bagaimana pula dengan pelaburan Akhirat?

Dengan menjadi penaja contest ini... In Shaa Allah, secara tidak langsung anda juga berjaya memiliki saham akhirat yang berterusan...

Simkad yang anda sedekahkan kepada para peserta boleh memberikan pendapatan pasif kepada mereka... Sekiranya para peserta berjaya memperkenalkan Simkad ONEXOX kepada pengguna yang lain...

Setiap kali pengguna Simkad ONEXOX yang diperkenalkan oleh para peserta melakukan tambah nilai (TOPUP) para peserta juga akan berjaya mendapatkan komisyen sebanyak 6% daripada pengguna Simkad yang mereka perkenalkan...  

Jadi, secara tidak langsung sedekah Simkad yang anda berikan kepada para peserta akan membuka satu pintu rezeki kepada mereka....

Teringat satu kisah semasa di zaman Rasulullah S.A.W...

Ada seorang lelaki miskin datang ke kota Madinah semata-mata ingin meminta sedekah daripada Rasulullah S.A.W.  


Pada kali pertama pertemuan mereka, Rasulullah S.A.W telah memberikan sedikit makanan kepada lelaki tersebut... 


Dengan hati yang gembira lelaki tersebut membawa makanan pemberian Rasulullah ke kampung halamannya... Di sana, lelaki tersebut makan sedekah pemberian Rasulullah S.A.W besama anak dan isterinya. 


Disebabkan kagum dengan kebaikan Rasulullah S.A.W... Isteri lelaki tersebut menyuruh suaminya pergi menemui Rasulullah S.A.W untuk kali yang kedua... Dengan tujuan yang sama, iaitu meminta sedekah daripada Baginda... 


Untuk memenuhi permintaan isterinya, lelaki ini sekali lagi datang ke rumah Rasulullah S.A.W untuk meminta sedekah... 


Rasulullah S.A.W sememangnya seorang yang pemurah dan dermawan...  


Walaupun lelaki tersebut datang meminta sedekah di rumah baginda buat kali yang kedua, tetapi lelaki tersebut tidak pulang dengan tangan yang kosong.. Rasulullah S.A.W memberi sejumlah wang kepada lelaki miskin ini.


“Ini untukmu. Pergunakanlah dengan baik dijalan Allah,” kata Rasulullah S.A.W. 


Betapa gembiranya hati lelaki si peminta sedekah ini apabila menerima wang daripada Rasulullah S.A.W sebagai sedekah. 


Si peminta sedekah kembali ke rumah, lalu menceritakan kemurahan hati Rasulullah S.A.W kepada isteri beliau. Betapa gembiranya isteri si peminta sedekah apabila melihat hasil "wang" yang telah di bawa pulang oleh si suami.. 


Sememangnya dah jadi sifat semulajadi manusia... Tak pernah puas dengan apa yang ada.... Diberi betis nakkan peha pula... 


Maka sekali lagi, si isteri peminta sedekah menyuruh suaminya meminta sedekah daripada Rasulullah S.A.W buat kali yang ketiga... Kali ni si isteri nak ikut sekali sambil membawa sekali anak mereka.. Dengan harapan, Rasulullah S.A.W akan memberi sedekah dengan sesuatu yang lebih bernilai lagi, apabila melihat kesusahan mereka sekeluarga....


Lalu keesokan harinya, pergilah si peminta sedekah tersebut bersama isteri dan anaknya ke rumah Rasulullah S.A.W. 


Tetapi, kali ni sangkaan mereka meleset.... 


Rasulullah S.A.W tak bagi pada pengemis sekeluarga makanan atau wang tunai seperti yang mereka harapkan...  


Sebaliknya, Rasulullah S.A.W hanya memberikan sebilah kapak


Pengemis tersebut kehairanan. Kenapa hari ini Rasulullah tidak memberi sedekah makanan atau wang?.. Tetapi, hanya Sebilah Kapak. 


Rasulullah S.A.W menerangkan kepada si pengemis dan isteri... Kapak tersebut dapat memberi lebih banyak manfaat buat pengemis sekeluarga... Pengemis boleh menggunakannya untuk menebang pohon, memotong kayu, dan lain-lain pekerjaan. Pekerjaan tersebut boleh menghasilkan pendapatan untuk menampung kos sara hidup pengemis sekeluarga. 



Disamping itu, Rasulullah S.A.W berharap dengan kapak yang telah baginda berikan kepada si Pengemis.. akan dapat mengelakkan Si Pengemis tersebut daripada terus meminta-minta...


Mesej yang cuba saya sampaikan di sini, ada kaitan dengan kisah Rasulullah S.A.W dan peminta sedekah..

Ketika di zaman Rasulullah S.A.W... Kayu api merupakan keperluan setiap rumah... Pada zaman itu, penggunaan tenaga elektrik di rumah masih belum ada lagi... Kayu Api digunakan untuk memasak dan untuk menerangkan rumah. 

Jadi, dengan kebijaksanaan yang dimiliki oleh Rasulullah S.A.W... Akhirnya Rasulullah S.A.W menghadiahkan sebilah kapak kepada pengemis, supaya dapat membantu pengemis mendapatkan pekerjaan.. Dalam masa yang sama dapat menyelesaikan masalah pengemis sekeluarga...

Apa kaitannya kisah Rasulullah ini, dengan keadaan di zaman sekarang??

Pada ketika ini, sebenarnya ramai orang berada dalam keadaan tekanan ekonomi... Harga barang naik, harga minyak naik, harga tol naik, semua orang kena bayar GST, dan sebagainya menyebaban kos sara hidup semakin meningkat.

Memberi sedekah wang ringgit kepada mereka yang memerlukan, rasanya bukanlah satu pilihan yang baik... Contohnya macam BR1M.. Hari ni mereka dapat RM900, lepas tu duit tersebut akan habis macam tu sahaja... Lepas dah dapat BR1M, mereka akan mengharap BR1M yang seterusnya... dan seterusnya....

Tapi, sampai bila?

Zaman sekarang ni, kalau kita nak membantu orang, kita perlu berfikir seperti Rasulullah S.A.W... 

Apa kata kita cuba memberikan "Kapak" kepada mereka yang memerlukan...   

Tapi "Kapak" macamana yang sesuai untuk diberikan kepada mereka?

Sebelum itu, terlebih dahulu kita kena tahu keperluan semua orang seperti "Kayu Api" dalam kisah Rasulullah S.A.W...

Apa yang saya nampak dalam situasi sekarang... "Kayu Api @ Keperluan" semua orang pada hari ini ialah Kredit Panggilan Telefon, SMS, dan Talian Internet


Cuba anda bagi tahu, siapa yang tak pakai Handphone? Cuba anda bagi tahu, berapa ramai kawan-kawan anda yang melayari internet pada setiap hari dengan menggunakan Smartphone?


Saya rasa sebahagian besar rakyat Malaysia pada hari ini ada menggunakan Handphone. Kebanyakan pengguna Handphone pula ada membuat panggilan telefon pada setiap hari, ada menghantar SMS pada setiap hari, ada menggunakan facebook, Whatsapp dan sebagainya dengan menggunakan talian internet yang terdapat pada Smartphone mereka...

Kalau "Kayu Api @ Keperluansemua orang pada hari ini ialah Kredit Panggilan Telefon, SMS, dan Talian Internet

"Kapak" yang sesuai untuk disedekahkan kepada mereka yang memerlukan ialah "SIMKAD" Tetapi bukan SIMKAD sebarangan.. Sebaliknya SIMKAD yang dapat membantu mereka memperolehi pendapatan berterusan (Pasif Income).

Cuba bayangkan, sekiranya anda sedekahkan RM10 kepada mereka.... Apa manfaat yang mereka dapat melalui wang RM10 tersebut?... Guna duit RM10 buat duit belanja makan sehari, dah habis... Betul tak?  

Tapi, kalau anda boleh sedekahkan SIMKAD yang berharga RM10 kepada mereka... Kemudian, SIMKAD tersebut dapat memberikan Pasif Income kepada mereka... In Shaa Allah, mereka akan mendapat manfaat berterusan melalui pemberian ini...

Sebagai permulaan ke atas usaha tersebut... Saya menjemput tuan/puan untuk menjadi "Penderma"/penaja dalam Contest ini... Sambil menderma, sambil berpeluang menjana pendapatan pasif... Win-win Situation....

Katakan penerima SIMKAD (Peserta Contest), dapat memperkenalkan 10 pengguna baru... 

Setiap kali 10 pengguna Simkad ini melakukan Tambah nilai (Topup) pada setiap bulan, peserta contest ini akan mendapat Komisyen 6% daripada nilai top up tersebut.

Sebagai Contoh, setiap pengguna Simkad ONEXOX ini Tambah nilai RM50 pada setiap bulan. Komisyen yang bakal diterima oleh peserta contest ini ialah:

RM50 X 10 Simkad = RM500   => Komisyen TopUp 6% = RM30 Sebulan. 


RM30 sebulan... Walaupun nampak sedikit nilainya, tetapi lebih bermakna daripada mereka mendapat wang tunai RM10, dan kemudian habis begitu sahaja... 


Yakinlah Dengan Rezeki Allah S.W.T. Hari ni awak sedekahkan "10 SIMKAD" kepada orang lain dengan Ikhlas.. Satu hari nanti , Allah akan melipatgandakan Rezeki anda..


Semoga selepas ini anda juga akan dimurahkan rezeki, di atas kebaikan anda membuka pintu rezeki kepada orang lain....

In Shaa Allah....


4. promosi Url Blog atau laman web perniagaan anda kepada lebih 1000 suscriber saya

Dalam pemasaran email... Setakat ini saya sudah mempunyai lebih daripada 1000 suscriber... Saya akan mempromiskan url blog atau laman web penaja kepada senarai suscriber saya melalui email.... Dengan entri kata lain, url blog atau laman web anda akan menerjah masuk ke dalam email suscriber saya, ketika usaha mempromosikan contest SEO ini nanti... 

P/S : Kemungkinan besar bilangan Suscriber saya akan bertambah sebaik sahaja saya mempromosikan contest SEO ini nanti... Jadi, semakin bertambah besarlah prospek pengunjung blog atau laman web perniagaan anda.... 


2. Fasa Kedua : Mencari Peserta Contest (20 Oktober hingga 20 November 2015) Dilanjutkan sehingga Semua SIMKAD PERCUMA Habis!


Setelah berjaya mendapatkan penaja, saya akan mempromosikan contest SEO ini kepada blogger-blogger handalan tanah air... 

Berikut merupakan beberapa syarat yang akan dikenakan kepada para peserta contest ini.
  • Isi borang pendaftaran di LINK INI . Syarat utama menjadi peserta ialah url blog perlu berumur sekurang-kurangnya setahun.. URL blog yang baru didaftarkan semalam atau bulan lepas, atau dua tiga bulan lepas tidak dibenarkan untuk mengikuti contest ini
  • Anda perlu menulis satu entri bertajuk "Nak Simkad ONEXOX PERCUMA" di blog anda. Semasa mengisi borang pendaftaran, anda perlu sertakan URL bagi entri tersebut sebagai salah satu syarat untuk memiliki Simkad ONEXOX PERCUMA. 
  • Disamping itu, anda juga perlu memilih salah satu nombor SIMKAD ONEXOX PERCUMA yang masih belum berpunya semasa mengisi borang untuk menyertai contest ini.
  • Selepas maklumat anda disahkan benar, sekeping Simkad ONEXOX PERCUMA akan diposkan ke alamat yang telah anda berikan sewaktu mengisi borang pendaftaran.
  • Apabila Simkad ONEXOX Percuma telah sampai ke tangan anda, Anda perlu mengaktifkan Simkad tersebut dengan menjadikan nombor ONEXOX penaja anda sebagai rujukan
  • Bilangan peserta yang akan menyertai Contest SEO ini dihadkan kepada maksimum 100 Peserta sahaja...


Nota Penting : Setelah anda mendapatkan Simkad ONEXOX secara percuma, sebenarnya anda sudah boleh mula MENJANA PENDAPATAN PASIF TANPA MODAL. Nak tahu caranya? Saya akan maklumkan rahsia ini secara terperinci melalui email. Jom daftar sekarang!!






3. Fasa Ketiga : Contest SEO Bermula (21 November 2015 hingga 20 Januari 2016)


Setelah berjaya mendapatkan peserta... Contest SEO pun bermula. Contest SEO ini akan berlangsung selama 2 bulan...  

Berikut merupakan beberapa syarat tambahan untuk setiap peserta contest ini.

  • Selepas sebulan anda menggunakan SIMKAD ONEXOX, anda perlu menulis sebuah entri yang bertajuk "Pengalaman Bersama ONEXOX". Anda perlu berkongsikan pengalaman anda sebulan bersama ONEXOX dengan jujur. Kalau ok kata ok.. kalau tak ok kata tak ok... Tak ada masalah... Tetimoni yang anda berikan akan dapat memperbaiki lagi perkhidmatan syarikat TELCO ini dari masa ke semasa. Sekiranya anda tidak mempunyai idea untuk menulis entri blog, anda boleh dapatkan bahan Promosi di LINK INI. (Anda boleh gunakan gambar, Video dan sebagainya yang terdapat di page tersebut.) 
  • Antara syarat yang ditetapkan dalam entri penyertaan.. Setiap peserta perlu meletakkan URL Blog/laman web semua penaja disamping meletakkan banner contest ini dalam entri penyertaan masing-masing.. URL Blog/Laman web Penaja terkini akan diupadate di page SENARAI PENAJA (Klik Di Sini).
  • Anda perlu daftar url entri penyertaan anda di ruangan komen blog saya (KLIK DI SINI). Setelah selesai melakukan pendaftaran url entri penyertaan, para peserta boleh menyemak status lengkap pendaftaran anda di page SENARAI PESERTA (Klik Di Sini) 
  • Setiap peserta akan bertanding dalam kategori SEO berdasarkan carian keyword "Pengalaman Bersama ONEXOX". Penilaian Blog akan dilakukan terhadap SEO melalui kata kunci "Pengalaman Bersama ONEXOX" yang mendapat tempat di Google Malaysia (http://www.google.com.my ) pada tarikh 21 Januari 2016.
  • Apabila penilaian dilaksanakan, Peserta yang berjaya menempatkan entri penyertaan di ranking pertama hasil carian google akan memenangi hadiah tempat pertama, berada di ranking kedua akan memenangi tempat kedua, ketiga dan seterusnya sehinggalah pemenang tempat ke 10. 
  • Setiap pemenang akan dihubungi dengan menggunakan nombor phone ONEXOX yang telah anda perolehi.... Sekiranya nombor ONEXOX anda tidak dapat dihubungi samada melalui panggilan telefon atau SMS, kemenangan anda dalam contest ini dikira terbatal secara automatik. Oleh itu, setiap peserta perlu memastikan SImkad ONEXOX anda terus aktif sehingga berakhirnya contest ini... Bila contest ini dah berakhir nanti, terpulanglah kepada anda... Samada nak terus menggunakan Simkad ONEXOX, atau bertukar kepada TELCO asal sebelum anda menyertai contest ini.

Banner "Contest SEO : Pengalaman Bersama ONEXOX"


Hadiah-hadiah yang disediakan untuk para pemenang Contest SEO adalah seperti berikut:
  1.  Pemenang tempat Pertama : Wang Tunai RM1,000
  2.  Pemenang tempat Ke 2 : Wang Tunai RM500
  3.  Pemenang tempat Ke 3 : Wang Tunai RM300
  4.  Pemenang tempat Ke 4 : Wang Tunai RM200
  5.  Pemenang tempat Ke 5 : Wang Tunai RM100
  6.  Pemenang tempat Ke 6 : Wang Tunai RM50
  7.  Pemenang tempat Ke 7 : Wang Tunai RM50
  8.  Pemenang tempat Ke 8 : Wang Tunai RM50
  9.  Pemenang tempat Ke 9 : Wang Tunai RM50
  10.  Pemenang tempat Ke 10 : Wang Tunai RM50

Good Luck diucapkan kepada semua peserta contest ini... ;)

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan boleh hubungi saya menerusi:
  • Whatapps : 011-38221589
  • SMS : 016-5425547
  • email: nuargto[at]gmail.com
  • Blog: coretananuar.com